Sunday, November 21, 2010

TUGASAN TAMADUN ISLAM KPLI KDC

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Tahniah kerana terpilih sebagai calon pendidik dan selamat menyertai keluarga IPG Kampus Sultan Abdul Halim.

Terima kasih kerana menyediakan ruang untuk sama-sama berkongsi menerokai pengetahuan berkaitan tamadun Islam melalui proses ilmiah formal di bilik kuliah sepanjang bersama IPG KSAH.

Kehadiran anda dalam interaksi pada musim cuti akan disahkan melalui jadual kedatangan. Keberkesanan kehadiran anda akan diperakui melalui pencapaian anda dalam penilaian yang dijalankan.

Mata pelajaran Tamadun Islam ini merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari dan dinilai. Oleh kerana ia bukan mata pelajaran utama anda, maka bentuk tugasannya adalah Kerja Kursus Pendek (KKP).

Tugasan tersebut diagihkan kepada anda melalui laman blog ini. Oleh sebab itu anda dikehendaki memuaturun tugasan tersebut dari alamat berikut dengan mengetik capaian yang disediakan:

1. Tugasan KKP Tamadun Islam KPLI Amblan November 2010.
2. Rubrik tugasan KKP.
3. Borang rekod kolaborasi.
4. Borang Rekod Kehadiran Taklimat.
Semoga anda dapat menyempurnakan tugasan tersebut dengan tenang dan memenuhi syarat dan kehendak soalan tugasan.

Sekian, terima kasih.

Sunday, November 14, 2010

TUGASAN ATAS TALIAN M10

Aqidah Sebagai Benteng Masyarakat Maju Yang Harmoni. Bincangkan.

TUGASAN ATAS TALIN M9

Pendekatan Undang-Undang Islam Mewujudkan Masyarakat Sifar Jenayah. Bincangkan.

TUGASAN ATAS TALIAN M8

Pendekatan Amar Makruf Dan Nahi Mungkar Oleh Al-Ghazali Bagi Menangani Gejala Sosial. Bincangkan.

TUGASAN ATAS TALIAN M7

Kedudukan dan peranan Non-Muslim dalam Negara Islam. Bincangkan.

TUGASAN ATAS TALIAN M6

Peranan zakat dan jizyah sebagai sumber kemajuan ekonomi mampan. Bincangkan.

TUGASAN ATAS TALIAN M5

Direktori tokoh sains muslim mengikut bidang masing-masing.

TUGASAN ATAS TALIAN M4

Aplikasi Ilmu Fardhu Kifayah untuk mewujudkan sebuah masyarakat Islam yang berdaya saing. Bincangkan.

TUGASAN ATAS TALIAN M3

Direktori tokoh sains sosial muslim mengikut bidang masing-masing.

TUGASAN ATAS TALIAN M2

Pembangunan modal insan dalam konteks Tamadun Islam. Bincangkan.

TUGASAN ATAS TALIAN M1

Matlamat dan dasar Tamadun Islam untuk mewujudkan sebuah masyarakat dinamik. Bincangkan.