Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
Tahniah kerana terpilih sebagai calon pendidik dan selamat menyertai keluarga IPG Kampus Sultan Abdul Halim.
Terima kasih kerana menyediakan ruang untuk sama-sama berkongsi menerokai pengetahuan berkaitan tamadun Islam melalui proses ilmiah formal di bilik kuliah sepanjang bersama IPG KSAH.
Kehadiran anda dalam interaksi pada musim cuti akan disahkan melalui jadual kedatangan. Keberkesanan kehadiran anda akan diperakui melalui pencapaian anda dalam penilaian yang dijalankan.
Mata pelajaran Tamadun Islam ini merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari dan dinilai. Oleh kerana ia bukan mata pelajaran utama anda, maka bentuk tugasannya adalah Kerja Kursus Pendek (KKP).
Tugasan tersebut diagihkan kepada anda melalui laman blog ini. Oleh sebab itu anda dikehendaki memuaturun tugasan tersebut dari alamat berikut dengan mengetik capaian yang disediakan:
1. Tugasan KKP Tamadun Islam KPLI Amblan November 2010.
2. Rubrik tugasan KKP.
3. Borang rekod kolaborasi.
4. Borang Rekod Kehadiran Taklimat.
Semoga anda dapat menyempurnakan tugasan tersebut dengan tenang dan memenuhi syarat dan kehendak soalan tugasan.
Sekian, terima kasih.
Sunday, November 21, 2010
Sunday, November 14, 2010
TUGASAN ATAS TALIN M9
Pendekatan Undang-Undang Islam Mewujudkan Masyarakat Sifar Jenayah. Bincangkan.
TUGASAN ATAS TALIAN M8
Pendekatan Amar Makruf Dan Nahi Mungkar Oleh Al-Ghazali Bagi Menangani Gejala Sosial. Bincangkan.
TUGASAN ATAS TALIAN M4
Aplikasi Ilmu Fardhu Kifayah untuk mewujudkan sebuah masyarakat Islam yang berdaya saing. Bincangkan.
TUGASAN ATAS TALIAN M1
Matlamat dan dasar Tamadun Islam untuk mewujudkan sebuah masyarakat dinamik. Bincangkan.
Sunday, September 5, 2010
Assalamualaikum/ salam sejahtera
Segala puji bagi Allah kerana mengizinkan perkongsian ilmu sesama manusia dengan perantaraan teknologi ICT yang serba canggih.
Laman blog ini sebenarnya merupakan rebranding kepada laman yang lama. Tujuan utama langkah ini dilakukan untuk mewujudkan satu rangkaian blog tamadun islam berinformasi berdasarkan segmentasi populasi pelajar dan kursus yang diambil.
Mudahan kita selesa.
Wassalam, tq
Subscribe to:
Posts (Atom)